Back To School

Tuesday, January 4, 2011

0 comments


Murid-murid.....Sekarang baca apa yang cikgu tulis di papan hitam. Ya. Baca seorang demi seorang mulai daripada Nordin Bin Hanafi...Hah baca Nordin..
Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola. 12x
Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu tido. Cikgu sudah tido, mari kita main.


Hari ini hari kedua persekolahan...Back to school adik-adik!!!....Bagi saya tak de bezanya dengan hari-hari lain, cuma bezanya 'jam' telah kembali...Oh tidak!!! Ketika ramai yang sebok melayan kerenah anak masing2 masuk sekolah...Saya relaks je...Maklum lah anak da masuk universiti....wakakaka...

Di corong2 radio plak, DJ tak lepaskan peluang gak...sebok memperkatakan macam2 issue berkenaan first day at school...Time-time ni la saya terkenang zaman persekolahan dulu-dulu....Cuma hari ni rasa teringin plak nak flashback nama-nama cikgu yang masih kekal di ingatan..

Sekolah Rendah
Sekolah rendah saya Sekolah Rendah Kebangsaan Sg Way, P.Jaya....ushh sekolah ni masih wujud lagi. Pernah jadi sekolah untuk 2 generasi keluarga saya...Lokasinya di tepi Federal Highway....Antara cikgu-cikgu yang masih sy ingat ialah cikgu darjah satu..Ms Thoh...Garang giler macam rimau...Puan Sithravel plak, cikgu darjah 3 & 4...Garang gak tp baik ngan saya & ada sikit bias la...(tu psl sy ingat kat dia)...Cikgu darjah 2 tak ingat..darjah 5, Puan Rosnah & darjah 6 plak Ms Moorthy

Sekolah Menengah...
Dari Form 1 to form 3, sy di Sekolah Menengah Seaport, P.Jaya...Sekolah yg agak glamer ngan kesamsengan nya... Pelik ni, tak de satu nama cikgu pun yg masih lekat kat ingatan saya sampai sekarang..Maafkan saya cikgu...Maybe sbb banyak sgt 'floating' classes masa ni...
Form 4 & 5, saya masuk sekolah asrama...Tunku Kurshiah College, Seremban....Kat sini yang sy ingat Cikgu2 lelakinya dipanggil 'Sir'...Tp yg kelakor kebanyakan cikgu lelaki nyer bergaya ala2 70's...ngan seluar 'bell bottom'...Ala2 gaya cucuk bintang "John Travolta"...masing2 budget diri hensem la agaknya...Ustazah..tak ingat nama tp mmg garang giler...bila kena baca surah ker hadis ker...pantang salah sikit, macam nak diterkamnya student...Memang menakutkan....Cikgu English lak, Ms June..ingat sgt kat dia..sbb dgr citer dia kahwin ngan lecturer dia...mat saleh lg...

Uni life
Kat UM...Antara yang saya masih boleh recall...Margerat Boh for Audit, VS untuk Tax, Chong Kwai Fatt untuk Tax gak, Puan Ruzita untuk FA, Law lak ialah Mr Tang...Mr Tang ni best...walaupun Law ni byk kena baca...tp sentiasa xcited nak gi kelas sbb cikgu best...

Working Life
Kat sinilah saya jumpa cikgu paling penting sekali dalam hidup..Suspen kan. Saper ye..bagi saya..cikgu yang paling penting dalam hidup saya ialah Pengalaman...Emm...In working life, sebenarnya tak der cikgu yang akan cakap kat kita sesuatu tu right or wrong...or yang mana akan bagi high marks & yang mana akan menggagalkan kita...Sesuatu asset & kelebihan yang kita ada hanyalah pengalaman...Siries of experiences ini lah yang menjadikan kita lebih berpengetahuan dari sehari ke sehari....Kita cuma boleh sentiasa berusaha mengutip pengalaman & cuba belajar dari pengalaman....Kata orang juga..."Experience is the best teacher"...




I Have A Dream.......2011

Saturday, January 1, 2011

0 comments
So lazimnya, bila new year je, sebok sana sini bercakap psl azam. Azam baru, azam lama. So as usual every year, saya jarang menetapkan azam2 tertentu....Just enjoying my life seadanya....But this year lain sikit, I Have A Dream...Emmm Dream...Yg penting menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya....Nak sentiasa bersyukur dengan pemberian mahupun dugaan yang dikurniakan Nya...Menjadi insan yang tenang bila diuji...Tidak cepat melatah bila dikritik......Tidak bongkak atau riak bila dipuji.....Dipelihara daripada berckp besar....Cuba memperbaiki & mempertingkatkan kualiti kerja....Biarlah semua org di sekeliling kutuk slow ker, jelebor ker, cerewet ker yang penting kualiti terjaga & yang paling2 penting ikhlas dalam bekerja. Di samping tu berbaik sangka dengan semua org....Emmm......conclusionnyer.....memperbaiki diri sendiri & membersihkan hati.

So dalam 2011 ni.....I Have A Dream...




Semoga Allah mempermudahkan segala usaha pada 2011 & lagi satu moga2 dimurahkan rezeki......Aminnnn

Bye bye Old Year 2010..... Hi New Year 2011

Friday, December 31, 2010

0 comments

Bye bye Old Year 2010

Uish diam tak diam, hari terakhir 2010 tiba juga. Setahun berlalu, apa pencapaian dalam hidup sepanjang tahun...tp but most importantly....apa pengalaman yang telah dilalui.....kalau ada kategori Anugerah.....2010 ni boleh dianugerahkan antara tahun2 yg penuh dengan cabaran dalam hidup.....tp tak dilupakan benda2 yg indah terjadi.....Senyum sorang dibuatnya.....begitu la percaturan hidup, hanya Allah Yang Maha Mengetahui......Kecewa & gembira silih berganti....Atau lebih spesifik....kecewa, kecewa, kecewa baru gembira.....apa2 pun sentiasa bersyukur & berterima kasih kepada mereka yang sentiasa berada di sisi di kala susah & senang. Semoga pengalaman sebegini menjadikan kita lebih tabah. Yang penting berlapang dada & ikhlaskan hati, pasti jiwa akan tenang & Allah akan tunjukkan jalan. So, berbekalkan pengalaman suka & duka akhirnya 2010 ditinggalkan juga menuju ke 2011 dengan lebih tekad & nekad....chewahhh...Namun begitu walau bibir berkata2, mata pula memandang mesra tapi rahsia di hati ini tiada siapa yang tahu.....


Kawan Susah & Senang


Kawan2 dalam Susah & Senang


Susah & Senang Bersama

Hi New Year 2011
New year....new year....bersambung....

Ce Citer Ce citer ....Hantu Kak Limah Balik Rumah

Thursday, December 30, 2010

0 comments



Setelah lama tak gi nengok wayang, akhirnya gi jugak lak menengok citer "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Hasil karya Mamat Kholid....
So seperti yang di war-warkan mmg la lawak giler....Tak seram langsung...So bila ada yang cakap dia takut ngan hantu kak limah dalam citer ni, ada gak rasa nak lempang je...or bak kata Dla...ada yang nak kena sepak laju-laju....So pathetic...emm...lebih sesuai so so so plastic.....geli pun ada...(hahahaha...sempat gak mengumpat tu)

My personal opinion pasal citer ni....so as usual...so Mamat Khalid la...loghat perak, lokasi kat perak, citer2 org kampung...lawak pun lawak2 org kampung...so lepas di blendkan...maka terhasil la citer yang boleh dikategorikan menghiburkan.....Tp jgn la dok expect something yg logik...sbb mamat khalid mmg terkenal ngan citer tak logiknyer....something yg grand...rumah besar, citer datuk datin....so sorry la kira da salah panggung la....So kita take it sebagai satu hiburan yang light & easy....& confirm rasanyer kalau nengok lagi sekali pun sure masing2 gelak terbahak2....

Lawak2 jugak...tp kalau kita pergi ke 2nd layer....ada message atau sindiran yang cuba di sampaikan....so for me beginila hasil karya org seni yang berilmu..Yg seperti biasa, dalam seni, Mamat Khalid ada kelasnya tersendiri.Sindiran secara halus, mmg bijak...I Like....Laser melaser saya tak suka....Antaranya sindiran mengenai org tua yg masih nak memerintah, pentingnya English education, bala yang menimpa kampung, kepercayaan terhadap bomoh and etc etc....

Whatever it is...sama ada lawak bodoh ker, sindirin ker...yg penting...I enjoyed myself & Tabik spring kat Mamat Khalid kerana masih terus memperjuangkan genre citer yang sama walaupun berbagai2 kritikan yang diterima.... taapi..... malam2 cam ni seram gak dgr lagu Enjit-enjit semut version Delimawati ni....Apa lagi jom tido!!!!

Demam Bola - AFF Suzuki 2010

0 comments
Tiba-tiba sana sini orang bercerita pasal bola...Kat opis pun sebok dgr soksek org bercerita psl bola...Yang paling kelakor bila dgr makcik2 tu bercerita....ushh...mengalahkan Hasbullah Awang lagi bunyinya...Nama2 cam Khairul Fahmi, Sabree Sali, Norshahrul meniti di bibir semua org...Tp bagi saya sendiri, Rajagobal sebagai ‘mastermind’ pasukan juga seharusnya mendapat pujian yang paling tinggi...Tp ketiga-tiga nama ni pun mmg la feberet players saya....& 2 defence yang dok menjaga si Cristian Gonzales....Nama da lupa la plak....
Menyaksikan 2 perlawanan akhirnya bola ni, membuatkan saya kagum dengan players2 ni. Kalau nak komen dari segi teknik perlawanan, mmg la sya tak pandai. Bukan kepakaran saya...Tp saya melihat persembahan mereka dari sudut yang berbeza. Teamwork & team effort yang ditunjukkan. Mereka bermain secara ‘passing’ dalam jarak yang dekat or reachable. Kerana menyedari mereka kurang kepakaran dalam sistem passing bola secara long distance & ni dapat memastikan bola masih dalam control. So begitu la juga dalam pekerjaan....dalam satu pasukan...sepatutnya kita berusaha bersama-sama. Team pasti akan lumpuh bila ada yang mula nak tunjuk skil individu padahal mereka tak bersedia lagi. Lebih-lebih lagi ada pulak yang nak cuba tunjuk skil shoot secara solo dari jarak jauh. So style camni boleh la dikirakan gamble....kalau dapat score sure kena puji melambung tp kalau gagal so org dapat trace la bahawa player sebegini nak mencapai kejayaan sendiri .
Kesungguhan mereka bermain sehingga ke saat akhir juga something yang patut dijadikan ikhtibar. Berjuang sehingga ke akhir....Jangan sekadar separuh jalan je...pastu mula lah menyalahkan orang sekeliling....lines man la salah, penonton la salah....padahal mmg attitude dalam diri yang selalu nak Berjaya dengan jaya pantas & menggunakan jalan pintas.
Emm....& akhirnya sekali....saya kagum bagaimana anak2 muda ni dijaga supaya down to earth...Tak de yang nak claim bahawa kejayaan tu hasil usaha sepenuhnya dia sendiri....So attitude sebegini la yang patut ada pada semua kita....Kita sering mendengar orang mula hanyut dengan kejayaan yang tak seberapa....mula mendabik dada dengan kehebatan masing-masing...Tp hebat sangat ker???
Renung2kan.....

F.R.U.S.T

Thursday, December 9, 2010

0 comments
Word to describe my feeling right now......F.R.U.S.T. & F.R.U.S.T.

Di mana kan ku cari ganti.....

Saturday, October 23, 2010

0 comments
Spesial untuk mereka-mereka yang penting dalam hidup & sentiasa bertakhta di hatiku....Sesungguhnya sekiranya anda sedang membaca post ini....Anda lah "mereka" itu....

Di mana kan ku cari ganti.....

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya