Hari ini first episod. Nampak cam beshh je...Boleh try layan la..Lgpun saya mmg minat dengan gaya pengarahan Kabir Bhatia. Sinematografi mmg cantekkkk & props lak mmg kelassss. So layannnn.....
Sipnosis
GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.
GEMILANG memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.
Arrrghh!!! Kenapa ye ada feeling camni.....Feeling yang susah nak didescribe kan. Tak beshhhh!!!! But for sure, saya tak suka bila 'stuck in middle'. It's probably the sense of guilt. Tp bukan sbb saya 'balaci'nya (sbb of course i'm not), tp lebih kepada rs guilt bila terpaksa buat something sy tak suka. Please, please wake up la everybody. Jangan dilayan perasaan tu. It's time to focus. Set the direction & drive us towards the destination.
Menyesal??? Ya..Penyesalan yang tiada penghujungnya Marah??? Kemarahan yang tak bertempat Bosan??? Kebosanan yang melampau. Biarkan keputusan dengan keputusannya. Melayu....mudah lupa
"Never regret anything because at one time...it was exactly what you wanted"
Hari ni terasa stress pulak. Maklumlah Year-End Closing, untuk mereka-mereka yang bekerja di acctg line, mmg la Year-end closing ni something yang hactic...Lebih-lebih lagi kalau accountnya haru-biru.
Ok untuk saya, bukan haru-biru je...haru biru blue black la..Just imagine, semua nak kena buat sendiri. Itu tidaklah sampai mematahkan semangat saya. Tapi apa yang meng-stresskan saya bila melibatkan transaksi selepas jualbeli syarikat...Nak tanya pada siapa pun tak tau apatah lagi nak ajak berbincang. Org-org yang kononnya hebat di sekeliling semuanye tak boleh harap. Manakan tidak, simple2 transaction je da pening berhari-hari. Apatah lagi yang benda2 yang komplikated. Pastu biasa la konon tak nak masuk campur, padahal mmg sengal...opps...terjahat pulak mulut ni..(Cam kata cikgu Dla..'ter' tak per). Yang si hantu kak limah pulak, bukannya senang nak ajak berbincang. Ada je yang....busy la, cuti la & mcm2 lagi yang menyakitkan hati. Lepas kes qualified & non-qualified ni malas nak pikir pasal kak limah ni..menyakitkan hati...tak professional langsung.
Si pompuan yang bertaik lalat ni mulut tu pun satu hal gak la...Saja nak create issue..Ish ish..Stress..So akhirnya sy amik keputusan, percaya je pada diri sendiri & belasah je. Hanya ni je option yang ada setakat ini.
Kekecewaan terhadap orang lain hanya akan menghancurkan diri kita sendiri.
Malam td telah berlansung AJL ke-25 yang memang dinanti-nantikan oleh peminat dunia seni tanahair. Acara tahunan tempatan yang berprestij ini memang seringkali menjadi tumpuan apatah lagi kali ni adalah bagi meraikan Jubli Perak rancangan tersebut. Namun berbagai2 reaksi yang diterima.
For me, performance yang saya paling suka ialah dr A.P.I. & Selamat Malam daripada Faizal Tahir. Persembahan Faizal Tahir menerusi lagu Selamat Malam mempamerkan persembahan yang simple & dalam pada masa yang sama so 'sweat'(mengikut Faizal Ismail). Begitu juga dengan persembahan API, simple tapi penuh bertenaga & mantap. Yang lain bagi saya, they were trying too hard, sampai terover-over untuk melahirkan persembahan yang terbaik.
Namun aper yang saya nak perkatakan di sini ialah keputusan lagu terbaik. Ini merupakan satu keputusan yang sama sekali di luar jangkaan. I knew that the result would be disaster bila melihat reaksi 3 pengacara ketika mengumunkan Juara bagi AJL mlm ini. AJL-25 kali ini melahirkan muka baru bagi mewarnai senarai para pemenang AJL sebelum ni. Lagu nyanyian Ana Rafali, Tolong Ingatkan Aku telah dinobatkan sebagai juara untuk kali ini.
Antara lain, FT & Black sering dinamakan sebagai peserta favorite bagi juara AJL dalam musim ini. Maka, ramai yang tidak dapat menerima kemenangan penyanyi yang digelar pelupa ini. Namun bagi saya, untuk mendapatkan pengiktirafan yang sebegini tinggi daripada daripada para juri yang merupakan sekumpulan insan-insan seni yang terbaik dalam bidang masing-masing, sudah pasti lagu ini mempunyai sesuatu yang extraordinary sehingga dapat mengalahkan hasil nukilan komposer-komposer ternama. Juri kali ini bukanlah calang-calang insan seni antaranya Acis, Azmeer, Habsah Hassan dan ketuai oleh sifu M.Nasir. Maka saper la kita untuk menidakkan keputusan para juri yang masing-masing mempunyai definasi tersendiri terhadap nilai seni.
Namun bagi saya sendiri, lagu ini memiliki kelasnya tersendiri. Lagu ini menampilkan tema yang agak berbeza daripada lagu-lagu cinta yang biasa disogokkan kepada kita. Kalau biasanya asyik2 lagu menunjukkan betapa parahnya bila putus cinta, tapi lagu ini mesejnya supaya jangan putus cinta. Melodinya simple namun masih mampu melahirkan keunikannya tersendiri. Liriknya puitis. Dihasilkan oleh penulis muda...wanita lagi. Mungkin dari kombinasi-kombinasi inilah yang melahirkan chemistry yg tertentu sehingga berjaya menggondol anugerah Juara Lagu AJL.
Ini tidaklah bermakna lagu-lagu nyanyi FT, Black, Stacy, Tomok kurang hebat. Namun mungkin juri-juri kali ini mahu menampilkan sesuatu yang berbeza untuk menjadikan sesebuah lagu itu Juara pada AJL25.
Moral of the story, 'Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam'....Byk benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sebaliknya memerlukan kekuatan mata hati untuk kita melihat kebenaran walaupun kekadang ianya amat pedih.....
Jom kita layan bait-bait puitis Juara Lagu AJL25 ini:
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik
Jangan disusun kata-kata penamat Jangan disebut baris ayat keramat Biar lenyap diserap sunyi Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku Kisah kau tersedar Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama Mari padamkan buku tiga lima Biar luka sembuh sendiri Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku Kisah kau tersedar Dengan saku penyeluk masa Kau dampingi aku Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda Kecewa menyelubungi jiwa Aku lupa
Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa Ku teringatkanmu Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa
Kekadang Tuhan sembunyikan matahari, didatangkanNya petir dan kilat...kita menangis dan tertanya2 di mana matahari...rupa2nyer Tuhan nak berikan kita pelangi.....
Renungan
"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata." ...