Bye bye Old Year 2010..... Hi New Year 2011

Friday, December 31, 2010

0 comments

Bye bye Old Year 2010

Uish diam tak diam, hari terakhir 2010 tiba juga. Setahun berlalu, apa pencapaian dalam hidup sepanjang tahun...tp but most importantly....apa pengalaman yang telah dilalui.....kalau ada kategori Anugerah.....2010 ni boleh dianugerahkan antara tahun2 yg penuh dengan cabaran dalam hidup.....tp tak dilupakan benda2 yg indah terjadi.....Senyum sorang dibuatnya.....begitu la percaturan hidup, hanya Allah Yang Maha Mengetahui......Kecewa & gembira silih berganti....Atau lebih spesifik....kecewa, kecewa, kecewa baru gembira.....apa2 pun sentiasa bersyukur & berterima kasih kepada mereka yang sentiasa berada di sisi di kala susah & senang. Semoga pengalaman sebegini menjadikan kita lebih tabah. Yang penting berlapang dada & ikhlaskan hati, pasti jiwa akan tenang & Allah akan tunjukkan jalan. So, berbekalkan pengalaman suka & duka akhirnya 2010 ditinggalkan juga menuju ke 2011 dengan lebih tekad & nekad....chewahhh...Namun begitu walau bibir berkata2, mata pula memandang mesra tapi rahsia di hati ini tiada siapa yang tahu.....


Kawan Susah & Senang


Kawan2 dalam Susah & Senang


Susah & Senang Bersama

Hi New Year 2011
New year....new year....bersambung....

Ce Citer Ce citer ....Hantu Kak Limah Balik Rumah

Thursday, December 30, 2010

0 comments



Setelah lama tak gi nengok wayang, akhirnya gi jugak lak menengok citer "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Hasil karya Mamat Kholid....
So seperti yang di war-warkan mmg la lawak giler....Tak seram langsung...So bila ada yang cakap dia takut ngan hantu kak limah dalam citer ni, ada gak rasa nak lempang je...or bak kata Dla...ada yang nak kena sepak laju-laju....So pathetic...emm...lebih sesuai so so so plastic.....geli pun ada...(hahahaha...sempat gak mengumpat tu)

My personal opinion pasal citer ni....so as usual...so Mamat Khalid la...loghat perak, lokasi kat perak, citer2 org kampung...lawak pun lawak2 org kampung...so lepas di blendkan...maka terhasil la citer yang boleh dikategorikan menghiburkan.....Tp jgn la dok expect something yg logik...sbb mamat khalid mmg terkenal ngan citer tak logiknyer....something yg grand...rumah besar, citer datuk datin....so sorry la kira da salah panggung la....So kita take it sebagai satu hiburan yang light & easy....& confirm rasanyer kalau nengok lagi sekali pun sure masing2 gelak terbahak2....

Lawak2 jugak...tp kalau kita pergi ke 2nd layer....ada message atau sindiran yang cuba di sampaikan....so for me beginila hasil karya org seni yang berilmu..Yg seperti biasa, dalam seni, Mamat Khalid ada kelasnya tersendiri.Sindiran secara halus, mmg bijak...I Like....Laser melaser saya tak suka....Antaranya sindiran mengenai org tua yg masih nak memerintah, pentingnya English education, bala yang menimpa kampung, kepercayaan terhadap bomoh and etc etc....

Whatever it is...sama ada lawak bodoh ker, sindirin ker...yg penting...I enjoyed myself & Tabik spring kat Mamat Khalid kerana masih terus memperjuangkan genre citer yang sama walaupun berbagai2 kritikan yang diterima.... taapi..... malam2 cam ni seram gak dgr lagu Enjit-enjit semut version Delimawati ni....Apa lagi jom tido!!!!

Demam Bola - AFF Suzuki 2010

0 comments
Tiba-tiba sana sini orang bercerita pasal bola...Kat opis pun sebok dgr soksek org bercerita psl bola...Yang paling kelakor bila dgr makcik2 tu bercerita....ushh...mengalahkan Hasbullah Awang lagi bunyinya...Nama2 cam Khairul Fahmi, Sabree Sali, Norshahrul meniti di bibir semua org...Tp bagi saya sendiri, Rajagobal sebagai ‘mastermind’ pasukan juga seharusnya mendapat pujian yang paling tinggi...Tp ketiga-tiga nama ni pun mmg la feberet players saya....& 2 defence yang dok menjaga si Cristian Gonzales....Nama da lupa la plak....
Menyaksikan 2 perlawanan akhirnya bola ni, membuatkan saya kagum dengan players2 ni. Kalau nak komen dari segi teknik perlawanan, mmg la sya tak pandai. Bukan kepakaran saya...Tp saya melihat persembahan mereka dari sudut yang berbeza. Teamwork & team effort yang ditunjukkan. Mereka bermain secara ‘passing’ dalam jarak yang dekat or reachable. Kerana menyedari mereka kurang kepakaran dalam sistem passing bola secara long distance & ni dapat memastikan bola masih dalam control. So begitu la juga dalam pekerjaan....dalam satu pasukan...sepatutnya kita berusaha bersama-sama. Team pasti akan lumpuh bila ada yang mula nak tunjuk skil individu padahal mereka tak bersedia lagi. Lebih-lebih lagi ada pulak yang nak cuba tunjuk skil shoot secara solo dari jarak jauh. So style camni boleh la dikirakan gamble....kalau dapat score sure kena puji melambung tp kalau gagal so org dapat trace la bahawa player sebegini nak mencapai kejayaan sendiri .
Kesungguhan mereka bermain sehingga ke saat akhir juga something yang patut dijadikan ikhtibar. Berjuang sehingga ke akhir....Jangan sekadar separuh jalan je...pastu mula lah menyalahkan orang sekeliling....lines man la salah, penonton la salah....padahal mmg attitude dalam diri yang selalu nak Berjaya dengan jaya pantas & menggunakan jalan pintas.
Emm....& akhirnya sekali....saya kagum bagaimana anak2 muda ni dijaga supaya down to earth...Tak de yang nak claim bahawa kejayaan tu hasil usaha sepenuhnya dia sendiri....So attitude sebegini la yang patut ada pada semua kita....Kita sering mendengar orang mula hanyut dengan kejayaan yang tak seberapa....mula mendabik dada dengan kehebatan masing-masing...Tp hebat sangat ker???
Renung2kan.....

F.R.U.S.T

Thursday, December 9, 2010

0 comments
Word to describe my feeling right now......F.R.U.S.T. & F.R.U.S.T.

Di mana kan ku cari ganti.....

Saturday, October 23, 2010

0 comments
Spesial untuk mereka-mereka yang penting dalam hidup & sentiasa bertakhta di hatiku....Sesungguhnya sekiranya anda sedang membaca post ini....Anda lah "mereka" itu....

Di mana kan ku cari ganti.....

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya



Mampu kah kami.....Mampukah saya...

Monday, October 18, 2010

0 comments

Berapa minggu yang lepas merupakan minggu yang penuh dengan tradegi bagi kami. Sehingga ke hari ini, saya masih gagal mencari jawapan bagi setiap persoalan yang timbul. Walau kami cuba mengukir senyum & bergelak ketawa, tapi saya pasti jauh di lubuk hati kami yang paling dalam timbul kekesalan & kekecewaan yang masih tiada penghujungnya. Di mulut kami sering meniupkan kata-kata semangat, tetapi deep down inside, wujud sesuatu yang membakar diri...

Bagi saya sendiri, begini hakikat kehidupan, kekadang kita di atas kekdg kita di bawah...Yg pasti tak selamanya kita di bawah...Memang benar dengki & busuk hati tak pernah lari dari kehidupan... tp saya pasrah...tp saya yakin, hanya Allah yang maha mengetahui....Meminjam kata-kata kak gee..."Sesungguhnya sukarnya menjadi insan yang bernama Rahanah...." Insan yang serba kekurangan....mengumpul segala kekuatan yang ader untuk terus melalui hidup ni....Berat mata memandang, sesungguh terlalu berat bahu ini yang memikulnya......Ya Allah berikanlahku ketabahan...

Pukul 3 pagi.....

Thursday, October 14, 2010

0 comments
14 Oktober ....Jam kat dinding terpacak di pukul 3 pagi....

Saya terjaga lagi....emmmm....ntah aper la nak jd ngan diri saya...rutin tido da jd tonggang terbalik....Aper yg saya tau...I'm mentally & phisically tired...Tp demi semangat saya cuba mencari kudrat yg ader tu menyiapkan kerja2 backlog yg bertimbun ni...It is worth it....Berharap dan sentiasa berdoa segala penah lelah ni akan mendapatkan balasan...tak kira dalam apa jua bentuk...sesungguh Allah sahaja yang maha mengetahui....aminnn