Kita sering silap.....

Monday, September 20, 2010

0 comments
Syawal sudah menjejaki hari ke 11. Sekejap sungguh waktu berlalu....Separuh dari diriku kaku..malas sungguh untuk memulakan tugas setelah lebih 10 hari bercuti...Tapi sesungguhnya di dalam hati rindu gak kat Dla & Kak Gee, so akhirnya saya gagahi jua la..(huhuhu jangan la korang berdua pasan sgt ek, saja je tulih nak jet)..Mana taknya, rindu gak la kat benda2 merapu yang kita selalu buat...Kalau tak kerana mereka2 yang kartun ni, rasanya dah lama saya angkat kaki je...Tp bila difikirkan balik kerja mungkin ader di mana2, tapi kartun2 cam diaorng ni kat Disney Channel pun tak der lagi...Hahaha...Kalau Hana Montana tu ader....So saya redho kan je la....

Seperti yang telah kami bincangkan sebelum ni, kami bertiga nak bersenuka ngan si anak dara jantan tu hari ni....Opps...lupa lak...kena rewind sikit citer ni...Nak dijadikan citer, beberapa hari sebelum hari raya, dugaan menimpa kami lagi...Tak tau lak kebetulan atau kebetulan yang disengajakan, kami bertiga kehilangan duit..Pelik!!! Pada mulanya saya ingatkan ada unsur2 mistik dalam kejadian ini...Tp setelah dirisik2 ngan orang yang mahir...Orang rupanya....

So akhirnya kami sebulat sore nak citerkan kejadian ni kat si Mat Spy tu...Ntah la, niat asalnya nak cuba tanya2 kot2 la kejadian seumpama ini biasa berlaku kat tempat itu. Yg pastinya terus berubah muka si mat spy ni...Saya pun tak dapat nak mentafsirkan apa yang tersirat di mukanya...Tp yang saya tahu2 je, dia telah mengumpulkan info2 mengenai kejadian itu & untuk dilaporkan pada pihak "pengurusan'(ye la tu..)...Yang pasti kalah CNN, ber'desup', berita da sampai kat yg teramat mulia....Laju sungguh...Cam printer laserjet...sap sap sap..mem besar da tau...

Tapi yang paling saya terkilan, bila nama seseorang itu dikaitkan...Nama yg confirm2 tak masuk dalam list kami...kalau ikan solomon tu mmg da dlm list....Ntah la orang yang tak terpk pun di fikiran. Tapi kalau nak diikutkan, kemungkinan itu mmg tinggi...Ish...kenapa kita sering kali silap dalam menilai manusia..Sesungguhnya kita ini sentiasa di kelilingi orang manusia2 yang penuh dengan sifat kepura-puraan...Di luar nampak baik tapi di dalam hanya tuhan saja yg tau...

Moga2 kami akan sentiasa berada dalam perlindunganmu Ya ALLAH...Amin

Rapuh ....

Thursday, September 16, 2010

0 comments
Kasihkan manusia mungkinkan hilang, kasihkan Dia yang kekal abadi.....

"Detik waktu terus berjalan, berhias gelap dan terang. Suka dan duka, tangis dan tawa, tergores bagai lukisan. Seribu mimpi berjuta sepi, hadir bagai teman sejati. Di antara lelahnya jiwa, dalam resah dan air mata. Ku persembahkan kepada Mu, yang terindah dalam hidup. Meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu. Namun cinta dalam jiwa hanyalah pada Mu. Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu. Dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertahta. Detik waktu terus berlalu, semua berakhir padaMu....."

99 Nama-Nama Allah Yang Indah - The 99 Beautiful Names Of Allah

Wednesday, September 1, 2010

0 comments
Malam 23 Ramadhan.....

Ntah kenapa sayu benar rasanya hati ini bila mendengarkan "99 nama-nama Allah" ini diperlagukan. Tersentuh hatiku. Betapa besarnya kebesaranMU. Terkenang nasib diri...betapa besarnya dugaanMu...Adakala aku rebah tak mampu mengharungi tetapi ku kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan...Sesungguhnya hanya Kau yg maha mengetahui...Dan padamu aku berserah....