Tiba-tiba sana sini orang bercerita pasal bola...Kat opis pun sebok dgr soksek org bercerita psl bola...Yang paling kelakor bila dgr makcik2 tu bercerita....ushh...mengalahkan Hasbullah Awang lagi bunyinya...Nama2 cam Khairul Fahmi, Sabree Sali, Norshahrul meniti di bibir semua org...Tp bagi saya sendiri, Rajagobal sebagai ‘mastermind’ pasukan juga seharusnya mendapat pujian yang paling tinggi...Tp ketiga-tiga nama ni pun mmg la feberet players saya....& 2 defence yang dok menjaga si Cristian Gonzales....Nama da lupa la plak....
Menyaksikan 2 perlawanan akhirnya bola ni, membuatkan saya kagum dengan players2 ni. Kalau nak komen dari segi teknik perlawanan, mmg la sya tak pandai. Bukan kepakaran saya...Tp saya melihat persembahan mereka dari sudut yang berbeza. Teamwork & team effort yang ditunjukkan. Mereka bermain secara ‘passing’ dalam jarak yang dekat or reachable. Kerana menyedari mereka kurang kepakaran dalam sistem passing bola secara long distance & ni dapat memastikan bola masih dalam control. So begitu la juga dalam pekerjaan....dalam satu pasukan...sepatutnya kita berusaha bersama-sama. Team pasti akan lumpuh bila ada yang mula nak tunjuk skil individu padahal mereka tak bersedia lagi. Lebih-lebih lagi ada pulak yang nak cuba tunjuk skil shoot secara solo dari jarak jauh. So style camni boleh la dikirakan gamble....kalau dapat score sure kena puji melambung tp kalau gagal so org dapat trace la bahawa player sebegini nak mencapai kejayaan sendiri .
Kesungguhan mereka bermain sehingga ke saat akhir juga something yang patut dijadikan ikhtibar. Berjuang sehingga ke akhir....Jangan sekadar separuh jalan je...pastu mula lah menyalahkan orang sekeliling....lines man la salah, penonton la salah....padahal mmg attitude dalam diri yang selalu nak Berjaya dengan jaya pantas & menggunakan jalan pintas.
Emm....& akhirnya sekali....saya kagum bagaimana anak2 muda ni dijaga supaya down to earth...Tak de yang nak claim bahawa kejayaan tu hasil usaha sepenuhnya dia sendiri....So attitude sebegini la yang patut ada pada semua kita....Kita sering mendengar orang mula hanyut dengan kejayaan yang tak seberapa....mula mendabik dada dengan kehebatan masing-masing...Tp hebat sangat ker???
Renung2kan.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment