Muhasabah diri. Satu pendekatan yang digunakan bagi memperbaiki kelemahan diri. Untuk menilai dan merenung semula baik buruk segala sesuatu yang dilakukan. Ianya bertujuan mengelakkan diri kita daripada melakukan kesilapan yang sama berulang2 kali. Kita sememangnya manusia yang sering lalai dan lemah juga tidak dapat lari dari melakukan khilaf. Untuk itu, anugerah yang tersangat unik telah diberikan oleh pencipta kita yang Maha Agung hanya untuk makhlukNya yang bernama manusia, "Anugerah Akal". Oleh itu, gunakanlah anugerah ini dengan sebaiknya bagi kita bermuhasbah, berfikir seterusnya memperbaiki kelemahan untuk menjadi yang lebih baik. Dan, untuk itu, jgn pula kita hanya memikirkan tentang kebaikan yang dilakukan. .. Na'uzubillahiminzalik.
[Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat. Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini.]
ps: Kekadang kita terlebih2 mengutuk kelemahan & keburukan org, org ini begini la begitu la...Kita mula merasakan diri kita lebih baik daripada mereka dari setiap sudut. Akhirnya kita mula menjadi bangga diri dan riak. Ini tak betui, itu salah. Dan akhirnya kita pun tiada bezanya dengan mereka..Malah kita jadi lebih teruk daripada mereka sbb adanya sifat riak & bangga diri. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.
Ya Allah...Sentiasalah Kau lindungi hambamu ini daripada sifat2 yang lemah & buruk itu. Permudahkan setiap langkahku & berkati la setiap kurniaanmu. Semoga hambamu ini tidak hilang fokus dalam menyempurnakan tanggungjwbku. Aminnn.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment