Beribu Sesalanku
Sunday, February 27, 2011
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku
I'm Not Perfect
Redha
Tuesday, February 15, 2011
Dugaan
Berat sungguh dugaanMu Ya Allah. Bertali arus bagaikan sungai yang tidak bertepian. Bersama airmata kekadang kami tewas juga. Kecewaan pula kian menghimpit bila mereka yang di sekeliling tidak langsung membantu malah berusaha menambah tekanan yang ada. Menabur garam ke atas luka yang belum sembuh. Ya Allah, berikanlah kami ketabahan & kekuatan untuk menghadapinya, sesungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui & Mengasihani. Aminnn
Ampunkan Daku
Sunday, February 13, 2011
Walaupun terus terang awalnya cerita ni nampak macam tak best sahaja. Sbb sy dah boring dengan cerita-cerita yang berkisar pada cerita2 orang kaya atau cerita anak derhaka. Tp selepas 1/2 jam rasa cam tertarik la nak nengok. Tabik spring gak la kat Sheila Rusli & hubbynya.
Ye la...sedang kita dibanjiri ngan cerita2 hantu tetiba Sheila Rusli memaparkan sesuatu yang berbeza. Isu semasa yang terus gagal dibendung. Sy mmg suka hasil karya Sheila mahupun hubby sbb dia lebih berani menampilkan issue2 or cerita2 yang mmg realiti tapi cam sering di pandang sepi oleh masyarakat cthnya cam Donut.
Sipnopsi:
Cerita ni mengisahkan tentang Latifah, seorang wanita yang dibenci oleh mertuanya…membuka satu pusat perlindungan bagi gadis-gadis yang aniaya, terutama yang mengandungkan anak luar nikah. Pusat perlindungan tersebut adalah KEWAJA.
Latifah dan Azri berpisah atas kehendak Puan Azimah yang menganggap Latifah jijik kerna beliau anak luar nikah. Yang menjadi mangsa keadaan, anaknya…Khalisah yang tidak mendapat kasih sayang seorang ibu.
Khalisah, akhirnya pergi ke KEWAJA untuk menyelami apa yg dirasai oleh ibunya, dan mencuri baca diary ibunya. Kisah menyayat hati, apabila Khalisah membawa papanya, Azri iaitu lakonan Zamarul Hisham ke KEWAJA untuk menemukan mereka.
Sheila Rusly,Zamarul Hisham, Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Fezrul Khan, Mak Engku dan Erin Malek,Melia Aimiellia, Falisha Rossley, Farah, Zulyda Fatiha dan Zahera.
Back to my hectic life!!!
Life is too short to wake up with regrets.
Love the people who treat you right.
Forget about the ones who don’t.
Believe everything happens for a reason.
If you get a second chance, grab it with both hands.
If it changes your life, let it.
Nobody said life would be easy.
They just promised it would be worth it.
P!NK - I Don't Believe You
Saturday, February 12, 2011
I don't mind it
I don't mind at all
It's like your the swing set and I'm the kid that falls
It's like the way we fight, the times I've cried, we came to blows
And everynight the passions there so it's gotta be right, right?
[Chorus:]
No I don't believe you
When you say don't come around here no more
I want to remind you
You said we wouldn't be apart
No, I don't believe you
When you say you don't need me anymore
So don't pretend
To not love me at all
I don't mind it
I still don't mind at all
It's like one of those bad dreams when you can't wake up
Looks like your given up you've had enough
But I want more no I won't stop
'cause I just know you'll come around
[Chorus]
Just don't stand there and watch me fall
'cause I, 'cause I still don't mind at all
It's like the way we fight, the times I cry, we come to blows
And everynight the passions there so it's gotta be right, right?
[Chorus]
I don't believe you
Tears
Thursday, February 10, 2011
Ketagih Kafein
Wednesday, February 9, 2011
Setelah cam terkena panahan, ms meeting...walaupun tak la dislhkan directly....tp conclusion the issue was not handled properly by me....(sob sob sob....sy da cuba yg trbaek)...rs cam tak de mood....
Tambahan bila balik plak, terkena 'sound' ngan surround system daripada makcik yg giler kuasa psl tak amik kad eP untuk company...lg la cam bengang giler & mood tak der...
So concusionnyer, satu hari la kat opis tak pekena nescafee & partnernyer coffeemate...Sedar tak sedar, boleh dikatakan sy ting tong la.....rupa2nyer discover sy tak dapat dosage kafein sy...efeknya...sy sy cam blurr2 je satu hari....Google nyer google jumpa citer ni.....So, patut la!!!
KETAGIH KAFEIN
RAMAI orang mengalami ketagihan kopi. Ada yang mengadu, jika tidak minum secawan kopi, mereka sukar memberi tumpuan pada kerja, kurang fokus dan ada juga yang menjadi cepat marah walaupun disebabkan perkara kecil.
Ketagihan ini juga boleh menyebabkan masalah sakit kepala, penat, pening, perasaan mudah terganggu, mengalami simptom selesema seperti mual, muntah dan ada juga yang merasakan ketegangan otot ? semuanya disebabkan tidak mendapat bekalan kafein harian!
Bagi orang yang tidak minum kopi, perkara ini kedengaran lucu dan tidak munasabah, tetapi ia memang berlaku di sekeliling kita. Uniknya, secawan kopi atau teh pekat mampu menghilangkan semua sindrom ketagihan yang disenaraikan di atas.
Kandungan kafein dalam kopi umumnya lebih banyak berbanding secawan teh.
Ini sebabnya ketagihan kafein lebih kerap berlaku di kalangan peminum kopi. Lebih banyak kafein diambil, lebih teruk simptom ketagihannya.
Kajian Jabatan Neurosains, Universiti Johns Hopkins, Washington, mendapati kafein dikatakan menjadi agen perangsang untuk meningkatkan kecergasan mental dan fizikal yang paling banyak digunakan di seluruh dunia kerana ia murah serta mudah diperoleh.
Sebenarnya, kajian mengenai sindrom ketagihan kafein bermula sejak 170 tahun lalu, tetapi saintis belum dapat mencipta satu kaedah saintifik khusus untuk diagnos pengesahan sindrom ini.
Kebanyakan kajian dilakukan berdasarkan simptom yang ditunjukkan responden apabila tidak mendapat bekalan kafein mereka.
Bagaimana kafein yang terkandung dalam secawan kopi boleh membuat orang ketagih?
Hasil kajian ke atas fungsi tidur kepada manusia memberi penjelasan mengenai keadaan ini. Otak menghasilkan sejenis bahan dipanggil adenosin, iaitu sebatian kimia dalam tenaga badan. Adenosin akan melekat pada reseptor khas di otak dan proses ini menyebabkan kita berasa pening kerana ia memperlahankan aktiviti sel.
Sebaliknya, sel saraf menganggap kafein sama seperti adenosin. Apabila kafein masuk ke dalam badan, ia akan melekat pada reseptor adenosin.
Bagaimanapun ia tidak memperlahankan aktiviti sel dan kerana ketiadaan adenosin, aktiviti sel menjadi lebih cepat.
Kafein juga boleh menyebabkan salur darah menjadi lebih sempit kerana ia menghalang tindakan adenosin untuk mengembalikan salur darah ke saiz asal dan membenarkan kemasukan lebih banyak oksigen.
Kehadiran kafein secara tidak langsung meningkatkan aktiviti neuron dalam otak.
Ia memberi isyarat kepada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan hormon yang kemudian merangsang kelenjar adrenal bagi menghasilkan hormon adrenalin.
Adrenalin memberikan kesan meluas kepada sistem badan. Ia menyebabkan peningkatan kadar metabolisme dan tindakan jantung (denyutan jantung menjadi lebih cepat), memperlahankan kadar aliran darah ke perut dan hati mengeluarkan banyak gula ke dalam aliran darah sebagai tenaga.
Pada masa sama, daya pengecutan otot bertambah baik dan permulaan kelesuan otot dilengahkan. Pada ketika ini otot sentiasa dalam keadaan bersedia untuk digunakan.
Ini sebabnya selepas mendapat secawan kopi, anda rasa "bertenaga' dan jantung berdegup pantas.
Namun apabila tiada bekalan kafein, adenosin akan melekat semula pada reseptornya dan semua aktiviti kelenjar tidak berlaku. Ini sebabnya ramai mengadu mengalami gejala kurang menyenangkan seperti sakit kepala, pening, lemah badan, letih dan sukar memberi tumpuan pada kerja apabila tidak minum kopi.
Sekarang kita faham mengapa ramai doktor dan pakar pemakanan menasihatkan supaya tidak minum kopi sebelum tidur, terutama bagi individu yang mengalami masalah sukar melelapkan mata.
Simptom ketagihan ini boleh berlaku dalam tempoh 12 hingga 24 jam jika tidak mendapat bekalan kafein.
Kajian mendapati, kuantiti kafein yang sedikit (100 miligram sehari atau secawan kecil kopi) juga boleh memberikan kesan ketagihan jika diambil setiap hari.
Sebenarnya bukan kopi saja yang mengandungi kafein. Kafein juga wujud dalam minuman berkarbonat dan teh.
Bagaimanapun, kandungan kafein dalam teh jauh lebih rendah berbanding kopi.
Jika anda tergolong dalam kumpulan ketagih kafein, Ramadan adalah masa terbaik untuk mengurangkan ketagihan ini. Kurangkan minum kopi atau minuman berkarbonat dan lakukannya secara berdikit-dikit.
Adat orang kita minum kopi tidak sama seperti orang Barat. Secawan "kopi tempatan' mengandungi banyak gula untuk menyedapkan rasanya.
Jadi, mengurangkan minum kopi bermakna anda menurunkan kadar pengambilan gula yang tidak diperlukan kerana pencernaan makanan lain, khususnya karbohidrat, juga menghasilkan gula untuk badan.
Kata orang, tidak mengapa kurang gula dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman!
Dipetik dari: http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=24070