Setelah cam terkena panahan, ms meeting...walaupun tak la dislhkan directly....tp conclusion the issue was not handled properly by me....(sob sob sob....sy da cuba yg trbaek)...rs cam tak de mood....
Tambahan bila balik plak, terkena 'sound' ngan surround system daripada makcik yg giler kuasa psl tak amik kad eP untuk company...lg la cam bengang giler & mood tak der...
So concusionnyer, satu hari la kat opis tak pekena nescafee & partnernyer coffeemate...Sedar tak sedar, boleh dikatakan sy ting tong la.....rupa2nyer discover sy tak dapat dosage kafein sy...efeknya...sy sy cam blurr2 je satu hari....Google nyer google jumpa citer ni.....So, patut la!!!
KETAGIH KAFEIN
RAMAI orang mengalami ketagihan kopi. Ada yang mengadu, jika tidak minum secawan kopi, mereka sukar memberi tumpuan pada kerja, kurang fokus dan ada juga yang menjadi cepat marah walaupun disebabkan perkara kecil.
Ketagihan ini juga boleh menyebabkan masalah sakit kepala, penat, pening, perasaan mudah terganggu, mengalami simptom selesema seperti mual, muntah dan ada juga yang merasakan ketegangan otot ? semuanya disebabkan tidak mendapat bekalan kafein harian!
Bagi orang yang tidak minum kopi, perkara ini kedengaran lucu dan tidak munasabah, tetapi ia memang berlaku di sekeliling kita. Uniknya, secawan kopi atau teh pekat mampu menghilangkan semua sindrom ketagihan yang disenaraikan di atas.
Kandungan kafein dalam kopi umumnya lebih banyak berbanding secawan teh.
Ini sebabnya ketagihan kafein lebih kerap berlaku di kalangan peminum kopi. Lebih banyak kafein diambil, lebih teruk simptom ketagihannya.
Kajian Jabatan Neurosains, Universiti Johns Hopkins, Washington, mendapati kafein dikatakan menjadi agen perangsang untuk meningkatkan kecergasan mental dan fizikal yang paling banyak digunakan di seluruh dunia kerana ia murah serta mudah diperoleh.
Sebenarnya, kajian mengenai sindrom ketagihan kafein bermula sejak 170 tahun lalu, tetapi saintis belum dapat mencipta satu kaedah saintifik khusus untuk diagnos pengesahan sindrom ini.
Kebanyakan kajian dilakukan berdasarkan simptom yang ditunjukkan responden apabila tidak mendapat bekalan kafein mereka.
Bagaimana kafein yang terkandung dalam secawan kopi boleh membuat orang ketagih?
Hasil kajian ke atas fungsi tidur kepada manusia memberi penjelasan mengenai keadaan ini. Otak menghasilkan sejenis bahan dipanggil adenosin, iaitu sebatian kimia dalam tenaga badan. Adenosin akan melekat pada reseptor khas di otak dan proses ini menyebabkan kita berasa pening kerana ia memperlahankan aktiviti sel.
Sebaliknya, sel saraf menganggap kafein sama seperti adenosin. Apabila kafein masuk ke dalam badan, ia akan melekat pada reseptor adenosin.
Bagaimanapun ia tidak memperlahankan aktiviti sel dan kerana ketiadaan adenosin, aktiviti sel menjadi lebih cepat.
Kafein juga boleh menyebabkan salur darah menjadi lebih sempit kerana ia menghalang tindakan adenosin untuk mengembalikan salur darah ke saiz asal dan membenarkan kemasukan lebih banyak oksigen.
Kehadiran kafein secara tidak langsung meningkatkan aktiviti neuron dalam otak.
Ia memberi isyarat kepada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan hormon yang kemudian merangsang kelenjar adrenal bagi menghasilkan hormon adrenalin.
Adrenalin memberikan kesan meluas kepada sistem badan. Ia menyebabkan peningkatan kadar metabolisme dan tindakan jantung (denyutan jantung menjadi lebih cepat), memperlahankan kadar aliran darah ke perut dan hati mengeluarkan banyak gula ke dalam aliran darah sebagai tenaga.
Pada masa sama, daya pengecutan otot bertambah baik dan permulaan kelesuan otot dilengahkan. Pada ketika ini otot sentiasa dalam keadaan bersedia untuk digunakan.
Ini sebabnya selepas mendapat secawan kopi, anda rasa "bertenaga' dan jantung berdegup pantas.
Namun apabila tiada bekalan kafein, adenosin akan melekat semula pada reseptornya dan semua aktiviti kelenjar tidak berlaku. Ini sebabnya ramai mengadu mengalami gejala kurang menyenangkan seperti sakit kepala, pening, lemah badan, letih dan sukar memberi tumpuan pada kerja apabila tidak minum kopi.
Sekarang kita faham mengapa ramai doktor dan pakar pemakanan menasihatkan supaya tidak minum kopi sebelum tidur, terutama bagi individu yang mengalami masalah sukar melelapkan mata.
Simptom ketagihan ini boleh berlaku dalam tempoh 12 hingga 24 jam jika tidak mendapat bekalan kafein.
Kajian mendapati, kuantiti kafein yang sedikit (100 miligram sehari atau secawan kecil kopi) juga boleh memberikan kesan ketagihan jika diambil setiap hari.
Sebenarnya bukan kopi saja yang mengandungi kafein. Kafein juga wujud dalam minuman berkarbonat dan teh.
Bagaimanapun, kandungan kafein dalam teh jauh lebih rendah berbanding kopi.
Jika anda tergolong dalam kumpulan ketagih kafein, Ramadan adalah masa terbaik untuk mengurangkan ketagihan ini. Kurangkan minum kopi atau minuman berkarbonat dan lakukannya secara berdikit-dikit.
Adat orang kita minum kopi tidak sama seperti orang Barat. Secawan "kopi tempatan' mengandungi banyak gula untuk menyedapkan rasanya.
Jadi, mengurangkan minum kopi bermakna anda menurunkan kadar pengambilan gula yang tidak diperlukan kerana pencernaan makanan lain, khususnya karbohidrat, juga menghasilkan gula untuk badan.
Kata orang, tidak mengapa kurang gula dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman!
Dipetik dari: http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=24070
0 comments:
Post a Comment