Dalam seminggu dua ini sakit kepala aku menjadi2 plak.....Bila dipikir2kan balik emm...mungkin ni la symptom2 stress....Mmg dalam seminggu dua ni kerja agak berlambak...Kerja2 yang ada x selesai, dah ditambah ngan kerja2 baru....Tu pun nasib baik adanya Kak Gee & Dla...Mekacih bebyk kat drg ni.....Jasamu kukenang.....drg ni jenis tak berkira bila bekerja & sanggup menolong kalo diperlukan...ms2 ni terkenang "kakak gomok" (bukan nama sebenar)....kalau la dia...mesti tak hingin dia nak menolong....Tu la syukur kerana aku di kelilingi oleh insan2 yang mulia hatinya seperti kak gee & dla.....
Dalam aku google2 tenet ni, terbaca artikel tentang stress. Stress dan tension....aper bezanya ek...Tension ni lebih merupakan tekanan untuk jangkamasa pendek. Manakala stress merujuk kepada tekanan yang berpanjangan. Secara saintifiknya, apabila kita menghadapi sesuatu masalah, otak kita respon secara otomatik dengan mengeluarkan sejenis kimia yang bernama adrenaline & kortisol dalam kadar yang berlebihan dari yang kita perlukan. Biasanya jika keadaan seimbang apabila jumlah adrenaline yang berlebihan ini akan di turunkan balik oleh satu hormon yang di keluarkan oleh glan ADRENAL yang terletak di atas dan belakang buah pinggang kita. Jika keadaan ini tidak wujud atau terlalu banyak adrenaline di keluarkan, kita akan terus merasa kesannya seperti jantung berdebar, pernafasan cepat dan cetek, rasa seram sejuk, hingga ada yang menangis, menjerit atau meraung, rasa nak buang air besar, terkencing dalam seluar.....Huhuhu.....emmm...begitu rupanyer....
Tanda-tanda stress ialah :-
1. Mudah Marah – kata org bila kita tertekan kadar metabolisme dalam badan juga akan meningkat, confirm pantang silap sikit la, suhu badan pun meningkat...bila keadaan da tak terkawal, maka kemarahan mudah saja tercetus....Ni confirm la ader...da baper kali aku meletup gak akhirnya ni...satu psl si upin tu & satu lagi kes AL aku dipertikaikan...mmg cari nahas drg ni..
2. Mudah Kecewa – stress akan menyebabkan seseorang individu akan mudah kecewa .. Kekecewaan ni akan jelas ketara apa kita mengalami stress.....Da lama aku kecewa ngan diri & persekitaran aku....cuma malas nak pikir je.
3. Moody – mood yang berubah2....ada gak sekali sekali tu..
4. Gangguan Proses Pemikiran — Stress boleh menganggu proses pemikiran dan membuatkan mudah lupa.. Sel-sel lama akan terpadam.....Ala2 short term memory loss la ni...Ni akhir2 kerap gak berlaku kat aku ni...Serabut...camne nak berfikir
5. Kurang Kreatif – bagi seseorang yang mempunyai pemikiran kreatif secara tiba-tiba hilang segala kekreatifan. Individu yang mengalami tanda ini mungkin sukar untuk melakukan keputusan kerana tidak dapat 'signal’ dari otak untuk menyelesaikan masalah..
6. Sakit mulut – kerongkong tersekat2, gagap....ada gak kekadang tu
7. Masalah Penghadaman – sakit perut......patutla akhirnya asyik sakit poyut je...ingatkan hangin...rupanya tanda2 stress gak ek...
8. Rambut Gugur – Stress ada tindakbalas kimia yang menyebabkan berlakunya keguguran rambut ni....ooo patutla cendikiawan botak2 belaka....tak per...sila guna syampu bawang yg kak gee rekomen tu..
9. Sakit kulit – jerawat....adoi mmg tetiba je byk jerawat kat muka ni...spesis jerawat batu lak tu...emmm ader kaitan ngan stress gak rupanya
11.Susah nak tidur – nampaknya ni je la yg aku tak de kat aku...sbb aku pantang letak kepala...terus belayar....nak dikatakan aper...da hobby aku tido...huhuhuu
Ni plak aku dapat dr sumber2 lain tentang tanda2 stress:
1. Otot-otot muka bergerak
2. Cakap gagap atau tidak terus (stuttering) atau gagap
3. Menggigit kuku atau bibir
4. Mengetuk lantai atau meja dengan tangan atau kaki cara berterusan
5. Menggoyangkan kaki
6. Jantung berdebar
7. Pernafasan cepat
8. Sakit perut yang tidak ada kaitan dengan makanan
9. Muka merah atau pucat
10. Tangan sejuk dan berpeluh (basah)
11.Rasa loya atau tidak lalu makan
12.Mulut kering
13.Rasa takut sesuatu akan terjadi
14.Kerongkong rasa tersekat
15.Sentiasa menelan air liur
16.Tidak boleh tidur atau ada masalah tidur
17.Tidak boleh memberi tumpuan
18.Selalu pening kepala atau sakit
19.Lemah lutut
20.'Fidgetiness’, iaitu mengusik orang, merosakkan barang-barang atau mendera
binatang
21. Senang panik
22.Senang lupa
23. Ceret-beret yang tidak ada kena mengena dengan makanan
24.Kencing malam
25.Mengigau
26.“HYSTERIA” atau menjerit-jerit tanpa sebab
27.Merajuk
Ni plak cara2 nak handle stress:
Pengendalian 'Stress' Yang Berpunca Dari Kerja dan Tugas
1. Buangkan perasaan ‘superman’ dalam diri - Ni kena nyanyi lagu aku bukan superman dr lucky laki ni
2. Aturkan pengurusan masa - kalau la sehari lebih 24 jam kan
3. Buat sesuatu yang baik untuk orang lain - teringat kat lawak bodoh yg suh bwat jahat berkali tu
4. Pergaulan bersama rakan sekerja - bewak ngan kongkang....mungkin tak sesuai duduk sezoo
5. Belajar kemahiran atau perkara yang baru - akan dipikirkan....ngah pikir bak cari keja bru ader la
6. Hadapi masalah kerja secara terus
7. Berbual mengenai tajuk yang tiada kaitan dengan stress yang dihadapi - huhuhu
8. Membantu orang lain - tu la kekdg asyik nak tolong org, diri sendir saper nak tolong kan
9. Berbincang melalui jawatankuasa di jabatan - yg ni lupakan je lah
Ishhh....gerun gak baca psl stress ni...tp nak bwat camne kan....insyallah tuhan tidak akan menguji hamba2 nya melebihi apa yang mampu ditanggung oleh hambanya....Tp sungguh berat ujianmu....moga2 aku tabah...aminnnn.
0 comments:
Post a Comment