AJL 25 - Keputusan Penuh Kontrovesi

Monday, January 10, 2011

Malam td telah berlansung AJL ke-25 yang memang dinanti-nantikan oleh peminat dunia seni tanahair. Acara tahunan tempatan yang berprestij ini memang seringkali menjadi tumpuan apatah lagi kali ni adalah bagi meraikan Jubli Perak rancangan tersebut. Namun berbagai2 reaksi yang diterima.

For me, performance yang saya paling suka ialah dr A.P.I. & Selamat Malam daripada Faizal Tahir. Persembahan Faizal Tahir menerusi lagu Selamat Malam mempamerkan persembahan yang simple & dalam pada masa yang sama so 'sweat'(mengikut Faizal Ismail). Begitu juga dengan persembahan API, simple tapi penuh bertenaga & mantap. Yang lain bagi saya, they were trying too hard, sampai terover-over untuk melahirkan persembahan yang terbaik.

Namun aper yang saya nak perkatakan di sini ialah keputusan lagu terbaik. Ini merupakan satu keputusan yang sama sekali di luar jangkaan. I knew that the result would be disaster bila melihat reaksi 3 pengacara ketika mengumunkan Juara bagi AJL mlm ini. AJL-25 kali ini melahirkan muka baru bagi mewarnai senarai para pemenang AJL sebelum ni. Lagu nyanyian Ana Rafali, Tolong Ingatkan Aku telah dinobatkan sebagai juara untuk kali ini.

Antara lain, FT & Black sering dinamakan sebagai peserta favorite bagi juara AJL dalam musim ini. Maka, ramai yang tidak dapat menerima kemenangan penyanyi yang digelar pelupa ini. Namun bagi saya, untuk mendapatkan pengiktirafan yang sebegini tinggi daripada daripada para juri yang merupakan sekumpulan insan-insan seni yang terbaik dalam bidang masing-masing, sudah pasti lagu ini mempunyai sesuatu yang extraordinary sehingga dapat mengalahkan hasil nukilan komposer-komposer ternama. Juri kali ini bukanlah calang-calang insan seni antaranya Acis, Azmeer, Habsah Hassan dan ketuai oleh sifu M.Nasir. Maka saper la kita untuk menidakkan keputusan para juri yang masing-masing mempunyai definasi tersendiri terhadap nilai seni.

Namun bagi saya sendiri, lagu ini memiliki kelasnya tersendiri. Lagu ini menampilkan tema yang agak berbeza daripada lagu-lagu cinta yang biasa disogokkan kepada kita. Kalau biasanya asyik2 lagu menunjukkan betapa parahnya bila putus cinta, tapi lagu ini mesejnya supaya jangan putus cinta. Melodinya simple namun masih mampu melahirkan keunikannya tersendiri. Liriknya puitis. Dihasilkan oleh penulis muda...wanita lagi. Mungkin dari kombinasi-kombinasi inilah yang melahirkan chemistry yg tertentu sehingga berjaya menggondol anugerah Juara Lagu AJL.

Ini tidaklah bermakna lagu-lagu nyanyi FT, Black, Stacy, Tomok kurang hebat. Namun mungkin juri-juri kali ini mahu menampilkan sesuatu yang berbeza untuk menjadikan sesebuah lagu itu Juara pada AJL25.

Moral of the story, 'Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam'....Byk benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sebaliknya memerlukan kekuatan mata hati untuk kita melihat kebenaran walaupun kekadang ianya amat pedih.....

Jom kita layan bait-bait puitis Juara Lagu AJL25 ini:

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

0 comments: