Back To School

Tuesday, January 4, 2011



Murid-murid.....Sekarang baca apa yang cikgu tulis di papan hitam. Ya. Baca seorang demi seorang mulai daripada Nordin Bin Hanafi...Hah baca Nordin..
Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola. 12x
Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu tido. Cikgu sudah tido, mari kita main.


Hari ini hari kedua persekolahan...Back to school adik-adik!!!....Bagi saya tak de bezanya dengan hari-hari lain, cuma bezanya 'jam' telah kembali...Oh tidak!!! Ketika ramai yang sebok melayan kerenah anak masing2 masuk sekolah...Saya relaks je...Maklum lah anak da masuk universiti....wakakaka...

Di corong2 radio plak, DJ tak lepaskan peluang gak...sebok memperkatakan macam2 issue berkenaan first day at school...Time-time ni la saya terkenang zaman persekolahan dulu-dulu....Cuma hari ni rasa teringin plak nak flashback nama-nama cikgu yang masih kekal di ingatan..

Sekolah Rendah
Sekolah rendah saya Sekolah Rendah Kebangsaan Sg Way, P.Jaya....ushh sekolah ni masih wujud lagi. Pernah jadi sekolah untuk 2 generasi keluarga saya...Lokasinya di tepi Federal Highway....Antara cikgu-cikgu yang masih sy ingat ialah cikgu darjah satu..Ms Thoh...Garang giler macam rimau...Puan Sithravel plak, cikgu darjah 3 & 4...Garang gak tp baik ngan saya & ada sikit bias la...(tu psl sy ingat kat dia)...Cikgu darjah 2 tak ingat..darjah 5, Puan Rosnah & darjah 6 plak Ms Moorthy

Sekolah Menengah...
Dari Form 1 to form 3, sy di Sekolah Menengah Seaport, P.Jaya...Sekolah yg agak glamer ngan kesamsengan nya... Pelik ni, tak de satu nama cikgu pun yg masih lekat kat ingatan saya sampai sekarang..Maafkan saya cikgu...Maybe sbb banyak sgt 'floating' classes masa ni...
Form 4 & 5, saya masuk sekolah asrama...Tunku Kurshiah College, Seremban....Kat sini yang sy ingat Cikgu2 lelakinya dipanggil 'Sir'...Tp yg kelakor kebanyakan cikgu lelaki nyer bergaya ala2 70's...ngan seluar 'bell bottom'...Ala2 gaya cucuk bintang "John Travolta"...masing2 budget diri hensem la agaknya...Ustazah..tak ingat nama tp mmg garang giler...bila kena baca surah ker hadis ker...pantang salah sikit, macam nak diterkamnya student...Memang menakutkan....Cikgu English lak, Ms June..ingat sgt kat dia..sbb dgr citer dia kahwin ngan lecturer dia...mat saleh lg...

Uni life
Kat UM...Antara yang saya masih boleh recall...Margerat Boh for Audit, VS untuk Tax, Chong Kwai Fatt untuk Tax gak, Puan Ruzita untuk FA, Law lak ialah Mr Tang...Mr Tang ni best...walaupun Law ni byk kena baca...tp sentiasa xcited nak gi kelas sbb cikgu best...

Working Life
Kat sinilah saya jumpa cikgu paling penting sekali dalam hidup..Suspen kan. Saper ye..bagi saya..cikgu yang paling penting dalam hidup saya ialah Pengalaman...Emm...In working life, sebenarnya tak der cikgu yang akan cakap kat kita sesuatu tu right or wrong...or yang mana akan bagi high marks & yang mana akan menggagalkan kita...Sesuatu asset & kelebihan yang kita ada hanyalah pengalaman...Siries of experiences ini lah yang menjadikan kita lebih berpengetahuan dari sehari ke sehari....Kita cuma boleh sentiasa berusaha mengutip pengalaman & cuba belajar dari pengalaman....Kata orang juga..."Experience is the best teacher"...




0 comments: