Da baper minggu aircond keta rosak...Sengsara rasanyer...da baper kali servis tp still tak dapat cari problem...Yang pasti kipasnya tak berpusing constantly...sekejap stop la...Yg suspense tu bila ari hujan...da baper kali gak la berlap keta tu...Bleh mendatangkan stress ni...Ni try cari kat tenet problem ngan aircond ni for better understanding.
Full Story
Sistem Penghawa Dingin Kereta (AirCond)
Sistem Penghawa Dingin Kereta (AirCond Kereta) berfungsi untuk menyejukkan suhu dalaman kereta. Sistem operasinya adalah menggunakan sejenis gas yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar ialah R134 / R134A yang dimampatkan oleh compressor.
Gas tersebut akan dialirkan melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta. Blower yang ditugaskan untuk menyejukkan akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk.
Selepas itu gas tersebut perlu disejukkan kembali dan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut.
Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.
Bilakah dan Apakah yang mekanik lakukan untuk penyelengaraan sistem penghawa dingin kereta anda.
Sistem aircond atau penyaman udara kereta anda perlu diperiksa dan diservis setiap 2 hingga 3 tahun sekali ataupun sekurang-kurangnya 5 tahun sekali. Selain faktor jangkamasa sistem penghawa dingin kereta anda perlu diselengara sekiranya terdapat tanda-tanda seperti berikut :-
1. Enjin kereta terasa terlalu berat apabila suis aircond dihidupkan
2. Suhu aircond tidak stabil (ada masa sejuk dan ada masa panas)
3. Terasa angin panas keluar dari corong aircond
4. Apabila aircond dihidupkan kipas radiator tidak berpusing atau berpusing dengan perlahan (tidak laju).
Apakah yang dilakukan mekanik untuk proses selengaraan sistem aircond kereta (Servis Aircond Kereta)-
1. Memeriksa kandungan gas aircond. Sekiranya berkurangan ianya perlu ditambah. Dua jenis gas yang digunakan iaitu jenis R134 atau R134A. Kedua-dua jenis gas tersebut adalah diluluskan oleh Jab Alam Sekitar Malaysia.
2. Cucian atau membersihkan kekotoran dan habuk-habuk yang terdapat pada bahagian-bahagian sistem aircond seperti cooling coil , condenser dan sebagainya.
3. Memeriksa tahap pencapaian aircond compressor, tabung gas aircond (receiver dryer) – Samaada masih baik atau terdapat sebarang kerosakan atau kekotoran.
4. Pemeriksaan motor kipas aircond (aircond fan radiator) - masih berfungsi dengan baik ataupun sudah tidak berfungsi dengan baik (berputar secara perlahan)
5. Mekanik akan menasihat anda untuk menukar barangan-barangan yang dirasakan tidak sesuai digunakan lagi kerana kualiti barangan tersebut. Jadi periksa betul-betul dan minta penjelasan mengenai barangan yang dikatakan tidak sesuai atau tidak boleh digunakan lagi.
Kebiasaannya selepas aircond anda diservis, kereta anda akan lebih selesa dengan udara segar dan enjin kereta anda akan terasa ringan dari sebelumnya (Semasa aircond dihidupkan)
Kos servis
Sekiranya perkakasan system aircond berada didalam keadaan baik, cuma pembersihan habuk-habuk dan tambahan gas yang sudah berkurangan kos nya antara RM 30 – RM80. Bergantung pada sesebuah kedai.
Sekiranya perkakasan (part) rosak caj tambahan dikenakan mengikut jenis kerosakan antaranya
- Reciever Dryer (RM 50 -60)
- Expansion valve
- Cooling coil
- Condenser
- Compressor
- Moto Kipas aircond radiator – RM 140 – RM100 (baru)
Sila semak terlebih dahulu harga-harga barangan sebelum pengantian dilakukan bagi mengelakkan kos yang tinggi. Sebaik-baiknya minta penerangan yang jelas sekiranya mekanik anda menyatakan sesuatu barang perlu ditukar.
Tanda kerosakan dan panduan pemeriksaan.
1. Angin panas atau aircond tidak sejuk.
Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan.
- Periksa kandungan gas aircond dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircond (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Sekiranya buih kelihatan, bermaksud gas masih ada. Maka kerosakan bukan disebabkan kebocoran.
- Hidupkan enjin dan aircond kereta anda. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak atau bergerak dengan perlahan ini membawa maksud kipas itu rosak dan perlu di tukar. Angaran Kos moto kipas tersebut adalah RM100 – RM130 bagi kenderaan jenis proton (Wira,Satria). Sebaik-baiknya anda membeli dan memasangnya sendiri bagi mengurangkan kos kerana pemsangan motor tersebut adalah mudah dilakukan.
- Sekiranya kipas bergerak laju dan aircond masih terasa tidak sejuk, biarkan aircond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircond. Sekiranya ternampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airond masih tidak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan dicadangkan buat service aircond sekaligus.
2. Aircon tak cukup sejuk.
- Perkara sebegini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircond diservice. Sebenarnya tiada kerosakan kerana suhu aircond di kawal oleh satu suis yang menghidupkan dan mematikan aircon kita secara automatik. Minta mekanik laraskan suis ini supaya aircond lebih lama dihidupkan.
3. Dalam perjalanan jarak jauh, selepas beberapa ketika, aircon tidak sejuk.
- Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircond tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau terjadi ketulan ais hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang menyejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya masih berlaku lagi, bermaksud, injap atau suis aircond anda perlu di tukar.
4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.
5. Angin aircond berbau busuk.
- Ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircond kereta anda atau aircond anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.
6.Asap putih keluar
- Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adalah seperti di '3'.
7. Corong keluar angin aircon berminyak.
- Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas.
8. Cadangan
- Aircond di servis setiap setahun setengah atau dua tahun atau sekurang-kurangnya 3 tahun. Untuk perjalanan jauh di highway, elakkan pelarasan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Blh tanya kereta wira saya tidak keluar angin apabila aircond dibuka..
Cuba check moto blower
Cuba check moto blower
Tumpang tnya..saya baru beli myvi..odo meter baru 4000km..tapi aircond tak sejuk kalau cuaca panas..malam ok je sejuk..kenapa ye tuan..mintak tunjuk ajar
nk tanya ni.knpa apa bila on aircond compresor smua jln tpi xsejuk..dryer sejuk comdenser pn sejuk..adakah sistem trsumbat.
nk tanya ni.knpa apa bila on aircond compresor smua jln tpi xsejuk..dryer sejuk comdenser pn sejuk..adakah sistem trsumbat.
Saya punya kereta tiba tiba berasap. kereta mengeluarkan gas dan minyak dari kompresor. Kenapa ya?
nak tanya,sya punya wira,fius compressor terbakar,walaupun diganti fius baru,apabila ganti yang baru pun tetap akan terbakar fius 10A..tetapi sebelum fius itu terbakar,condition dlm kereta seperti biasa shingga lah bberapa kemudian fius putus,angin kluar akan panas..kenapa ye,fius tu sering terbakar/putus?apa masalah??
biasanya berapa harga moto blower ye?
bile on switch aircond dekat volume 123 aircond tak mau idup...bile on dekat vol 4 baru keluar angin nye..bole saya tau apa masalah nye?dan kos betulkn aircond ...saya pakai waja 1.6 tahun 2000
Assalam tuan tmpg tnye kereta wira 1.5 sy bila suis aircond die on kan kompresor tidak cut in timing enjin jdi tinggi apa bile saya on aircond ap punca tuan..bila saya cuba buat direct kompresor jln
Hello bos...masalah kereta aq hidup kan aircornd dalam masa 3minit aircond akan membeku angin x de.apa yg perlu d tukar ye???kereta proton persona tahun2008
Hai boss.. Compressor dan Fan tak hidup kenapa ye?
Hello Bos, kereta vios saya aircorn sejuk tapi kipas tidak laju sedangkan motor pada kipas sudah saya tukar baru,bila tarik keluar Relay fan & masukan kembali baru laju, tapi bila fan berhenti & on balik fan tersebut berpusing kurang laju, saya tukar Relay baru, jenama yang sama tetapi masi juga begitu, apa masaalah tu Boss?
Saya pun sama. Awak dah dpt repair ke?
Post a Comment